Tak faham bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris...his...teringat saya masa di pertandingan rekacipta di Geneva, Switzerland. Di pertandingan ini ada 3 orang pengadil yang berbangsa mat salih. Kesemuanya amat serius mendengar penjelasan kami. Nampak faham, tapi kadang-kadang nampak tak faham. Yang saya dok nampak hanya kepala yang mengangguk-angguk. Apa yang dianggukkan pun tak pasti. Selepas penerangan selama 30 minit, mereka minta berundur diri dalam bahasa perancis. Heh...baru kami tahu yang mereka sebenarnya berpura-pura faham masa kami buat penerangan. Patutla tadi asyik refer pada poster yang kami terjemahkan dalam bahasa perancis. Ada pensyarah lain juga dapat pengadil yang tidak faham langsung bahasa inggeris. Even "what is your name?" pun tak faham...
Comments