Lapar betul...

Semasa di Geneva, saya dan Intan dah kemaruk nak makan nasi. Hari-hari kami berdua makan makanan segera, sampai muka dah terlalu segera. Bila pergi ke pekan Geneva, kami berjalan-jalan sambil mencari kedai makanan halal. Dah jenuh kami bertanya dengan orang Swis tentang makanan halal, tapi semuanya tak faham bahasa Inggeris. AlhamduLillah berdekatan bus station ada beberapa kedai makanan halal bangsa Lubnan. Kami tanpa berbuang masa terus order makan yang berunsur nasi. Harga satu pinggan RM120. Buat masa tu dah tak kisah tentang harga, apa yang penting dapat makan nasi dan halal. Keesokan hari, saya dan Intan, masih lagi ke kedai Lubnan ni. Paling mengejutkan tuan punya kedai bertanyakan bagaimana dengan kesihatan Dr. Mahathir Mohamed, huh...depa kenal Malaysia! Makanan arab ini okay juga tapi masam...

Comments