Berjumpa dengan kereta gaban
Semasa saya dan Intan menjelajah bandar Pittsburgh, saya dikejutkan dengan permandangan aneh. Apa taknya, kereta sepanjang ular anaconda dan besarnya macam ikan paus hidup berada di tepi saya. Susah juga nak sebut, mungkin ini yang dinamakan giant limosin. Lepas tu keluarlah ramai orang bagaikan baru keluar dari bas yang sarat dengan penumpang. Tengok semua penumpang tu, macam rasa puas aje dapat naik limosin gaban ala ular anaconda ini. Terfikir saya, macamana lah kalau satu hari nanti Malaysia import kereta ni dan cuba-cuba ronda kat pekan chow kit ke, segamat baru ke, payah juga driver nak parking, ambil turn dan etc.
Comments