Pittsburgh, PA, USA
Pittsburgh sebuah pekan kedua terbesar di negeri Pennsylvania selepas Philidelphia. Mengikut cerita orang lama di sini, pekan ini diasaskan atas perusahaan perlombongan besi. Oleh kerana perusahaan ini amat maju pada abad ke-18, Pittsburgh menjadi perebutan pertelingkahan antara negeri utara dan selatan. Masih terdapat beberapa kesan sejarah menunjukkan aktiviti perlombongan besi sekitar bandar ini. Pertandingan rekacipta, International Exposition and New Products (INPEX), 2007 di adakan di Hotel Redison, dan mengambil masa selama 45 minit dari lapang terbang antarabangsa Pittsburgh, dan 30 minit dari Pittsburgh. Sebanyak 450 produk di pertandingkan termasuk peserta luar seperti Taiwan, Australia, Malaysia, Kuwait, dan termasuk peserta tuan rumah, USA.
Comments