Bengkel Penulisan Jurnal Antarabangsa
AlhamduLillah, pada hari bertemu dengan Koordinator Research Management Unit (RMU), saya telah dipelawa oleh Encik Haslizaidi Zakaria untuk memberikan maklumat mengenai penulisan artikel dalam jurnal antarabangsa. Hasilnya UiTM Pahang dengan kerjasama UPENA dan RMU telah menetapkan 25 November 2008 akan di adakan Bengkel Penulisan Jurnal Antarabangsa bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang Prof. Madya. Dr. Hilmi Abdul Rahman, Pengerusi Bengkel, Prof. Dr. Suhaimi Muhammad, serta rakan-rakan di UPENA dan RMU yang menjemput saya sebagai penceramah. Terima kasih semua.
Comments