Hari Raya 2008

Hari raya kali ini banyak peristiwa yang berlaku. Ada cerita yang mengembirakan dan ada berita yang begitu menyedihkan. Cerita mengembirakan ialah saya dan Intan sempat menghadiri dan turut menjayakan perjumpaan hari raya keluarga bin nawawi. Boleh dikatakan ramai ahli keluarga Sheikh Haji Nawawi, pengajar kepada Sultan Perak, sempat bertandang dan bersama-sama berhari raya di Taiping. Ada keluarga yang datang dari jauh tetapi sempat meluangkan masa sehingga lewat petang. Sheikh Haji Nawawi merupakan tokoh ulama yang disegani di negeri Perak dan beliau mempunyai 22 orang anak. Buat masa sekarang hanya 10 orang anak beliau yang masih hidup. Sheikh Haji Nawawi merupakan datuk kepada Intan. AlhamduLillah perjumpaan kali ini berlainan sedikit berbanding pada tahun-tahun yang lepas kerana ianya diadakan di dewan serbaguna.

Cerita sedih pula ialah, sehari sebelum hari raya, saya menerima message daripada beberapa teman di Fakulti Pengurusan Perniagaan, bahawa Prof. Madya Halim, Timbalan Dekan, jatuh koma. Pada mulanya beliau dibawa ke Hospital di Klang, tetapi ditukar ke HBKL untuk pembedahan. Pembedahan pertama berjaya, walaubagaimanapun beliau masih koma. Pada waktu itu beliau bernafas menggunakan alat bantuan mesin. Selang beberapa hari beliau menjalani minor operation untuk menebuk lubang penafasan. AlhamduLillah, sekarang beliau boleh mengerakkan jari dan mengigit tiub penafasan. Saya mendoakan beliau akan cepat sembuh.

Begitulah kedua-dua peristiwa yang berlaku pada syawal tahun ini. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Comments

Popular Posts