International Journal Writing Workshop 25 November 2008








AlhamduLillah, International Journal Writing Workshop, anjuran UPENA-RMU UiTM Pahang, telah berjaya dijalankan. Bengkel ini merupakan sumbangan Malim Sarjana, Prof. Dr. Suhaimi Muhammed dan sokongan padu daripada Prof. Madya Dr. Hilmi Abdul Rahman, Pengarah Kampus UiTM Pahang. Saya dan Encik Megat Ahmad Kamal Megat Hanafiah telah dijemput bagi menjayakan bengkel ini. Program bengkel dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai International Journal dan disebelah petang pulang peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu (1) sains & teknologi dan (2) sains sosial bagi mempelajari cara-cara menulis artikel dalam jurnal perdana. Bengkel ini berjaya menarik 2 pensyarah dari UiTM Melaka dan 58 orang pensyarah UiTM Pahang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hilmi Abdul Rahman, Prof. Dr. Suhaimi Mohammed, Dr. Kamisah Ariffin Koordinator UPENA dan Tuan Haji Haslizaidi Zakaria, Koordinator RMU di atas layanan baik selama saya di UiTM Pahang.

Comments

Popular Posts