Setahun di UiTM Shah Alam

AlhamduLillah, pada hari ini, maka genaplah setahun saya bertugas di UiTM Shah Alam. Masih ingat lagi bila saya menerima surat perlantikan sebagai pensyarah, "Anda ditugaskan di UiTM Segamat, Johor". Saya amat gembira pada masa itu kerana kerjaya ini merupakan pilihan pertama saya. Dengan semangat yang berkobar-kobar saya bertolak dari Butterworth ke Segamat. Sampai di Segamat saya ambil teksi terus ke kampus. Perjalanan yang jauh tidak menjadi masalah, malah menarik pula-bas kerap berhenti-henti di stesen negeri. Sampai di UiTM Segamat, saya terus di bawa ke 'common room'. Warga UiTm Segamat memang peramah dan sangat ambil berat. Begitulah 8 tahun dahulu. UiTM sememangnya indah, dan unik. Masa berjalan terlalu pantas, dan dengan tugasan di RMI, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Accounting Research Institute, membuatkan saya tidak sedar, dah setahun saya berada di Shah Alam. Ada banyak lagi program yang akan dilaksanakan. Saya gembira berada di UiTM Shah Alam. Peluang untuk bertemu kenalan, dan kegiatan menjalankan aktiviti penyelidikan terbuka luas. Sekarang saya kerap ke luar negara. Tahun ini aje, saya ke luar negara 2 kali. Boleh present paper di luar negara dan amat mudah untuk mendapatkan pembiayaan. InsyaAllah, pada tahun hadapan saya bercadang ke Europe untuk pembentangan kertas kerja. Mungkin rezeki yang saya dapat berlainan daripada rakan-rakan Prof. Madya yang lain. AlhamduLillah, saya bersyukur dengan limpah dan kurnia-Nya yang diberikan.

Comments