Geneve, Switzerland

Bonjour! InsyaAllah, kami seramai 17 orang akan berlepas ke Geneve, Switzerland pada malam 29 Mac 2009. Transit kami ialah di Paris, Perancis. Agak teruja kerana kali terakhir saya berada di kota romantik itu adalah pada 1997. Walaupun kali ini hanya transit seketika, setidak-tidaknya dapat melihat perubahan yang berlaku. Selepas itu kami akan bertolak dengan pesawat Air France terus ke Geneve. Pertandingan di Geneve mengambil masa agak lama, iaitu kira-kira 6 hari. InsyaAllah kami akan berkampung di Hotel Warwick, Geneve selama 6 malam. Saya berdoa agar perjalanan kami selamat pergi dan balik. Semoga UiTM beroleh kejayaan cemerlang di Geneve 2009. Merci...(keh...keh...tima kasih)

Comments

HishamMB said…
Salam.

Dr Zaidi & rakan2 yang akan ke Geneve, tahniah dan semoga berjaya di Geneve... teringin betul saya menimba pengalaman menyertai pertandingan inovasi antarabangsa, tapi apakan daya masih tak berkemampuan lagi, masih banyak yang perlu dipelajari... kail baru sejengkal lautan dalam belum mampu lagi kuduga...

Sekali lagi, good luck to Dr Zaidi and your team...
Assalamualaikum wbrt, Sdr. Hisham. Terima kasih dan doakan kami semoga berjaya. InsyaAllah Sdr. Hisham akan mempunyai peluang yang sama pada tahun ini.