Penubuhan SIG Management & Business

AlhamduLillah SIG Management & Business telah dilancar dan halaman blognya di http://sigmis.blogspot.com. Pada mulanya saya bercadang supaya kumpulan penyelidikan ini hanya tertumpu pada management information systems (MIS), tetapi oleh kerana terdapat rakan yang mempunyai latarbelakang yang multi-discipline, maka saya mengubahnya pada SIG management & Business, di mana bidangnya lebih meluas. InsyaAllah, setelah SIG ini kukuh saya akan membahagikannya mengikut discipline masing-masing. Aktiviti SIG ini akan tertumpu pada hasil penyelidikan iaitu penerbitan artikel dalam jurnal berimpak tinggi (SCOPUS dan Thomson ISI Reuters), penerbitan buku teks/rujukan utama, kertas kajian di konferen antarabangsa dan inovasi. Kepada yang telah menyertai SIG ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang anda berikan. Pada tahun ini, SIG mensasarkan 1 penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, 2 penerbitan dalan jurnal antarabangsa, 1 buku, 2 inovasi dan 2 kertas kajian antarabangsa, InsyaAllah!

Comments

Popular Posts