My PhD Students

AlhamduLillah, semester ini saya dianugerahkan dengan 4 orang pelajar PhD, 3 pelajar baru manakala seorang pelajar 'senior'. Terima kasih kepada PM Dr Zuriah Abdul Rahman, Pengarah Graduate Business School, UiTM kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyelia pelajar ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar kerana berjaya diterima untuk pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Mereka ialah;
  • Ustaz Saidin Wan Ismail, Malaysia
  • Encik Waddah Ismail Thabet Ali, Yemen
  • Encik Mohd Remie Haji Mohd Johan, Malaysia
  • Puan Rozita Haji Naina Mohamed, Malaysia

Ustaz Saidin (pensyarah CITU UiTM Johor) merupakan PhD kepada PM Dr Mohd Hashim (penyelia pertama) dan Prof. Dr Wan Mustafa (penyelia kedua), manakala saya merupakan penyelia ketiga beliau. Pada semester ini PM Dr Mohd Hashim menjalani latihan industri di KFC Holdings, dan oleh yang demikian, saya dilantik sebagai penyelia utama kepada Ustaz Saidin.

Pada minggu lepas saya telah membuat persediaan awal kepada pelajar PhD dengan mengadakan bengkel mini research methodology. Tujuan saya adalah untuk memastikan pelajar-pelajar ini betul-betul faham 'research methodology'. Terima kasih kepada Mohd Remie dan Rozita kerana hadir selama 4 jam. Bersama kami pada masa itu 2 orang pelajar PhD bukan di bawah seliaan saya iaitu Suhaidi Elias (pelajar PhD UiTM) dan Adam (pelajar PhD UUM). InsyaAllah pada 28 Julai 2009, saya akan concentrate on proposal PhD, dan saya amat mengharapkan semua pelajar PhD saya akan dapat hadir bagi mendapat penerangan terperinci bagaimana menyediakan proposal PhD yang betul.
KPI pelajar PhD
  • Penerbitan artikel dalam SCOPUS: 3
  • Penerbitan buku: 1
  • Penerbitan prosiding: 2
  • Pembentangan Seminar/Konferen: 1 peringkat antarabangsa, 2 peringkat kebangsaan
  • Inovasi: 3 pingat
  • Geran Penyelidikan: 1
InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik supaya semua pelajar PhD saya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Saya doakan semua pelajar PhD berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Comments

ZEBY said…
Just curious.... Perghh giler tough KPI phd under Dr....

Popular Posts