PhD Proposal Preparation Universiti Malaysia Pahang



AlhamduLillah, bengkel PhD proposal preparation berjaya menarik lebih 20 orang pensyarah Universiti Malaysia Pahang yang rata-ratanya dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusian, Perpustakaan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Bengkel yang bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 2 Julai 2009 telah membincangkan bagaimana cara yang efektif dalam penyediaan proposal Phd disamping perkongsian pengalaman semasa pengajian PhD. Saya bagi pihak RMI, UiTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Abdullah, Puan Emma, Encik Hizir, Puan Tasha, dan Encik Abdullah Adnan kerana menjemput saya ke UMP bagi kali ke-3. Harapan saya semoga setiap peserta mendapat menaafat dan merialisasikan apa yang telah dipelajari dalam bengkel selama 2 hari ini. Selamat belajar kepada semua!

Comments

Popular Posts