Course of Jurnal Publication, UiTM Perlis
Bersama Y.Bhg. Prof. Madya Dr Nik, Timbalan Pengarah, Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Perlis
Sebahagian peserta bengkel penulisan
Saya dijemput oleh Prof. Madya Dr Nik, Timbalan Pengarah, Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) bagi menjayakan bengkel penulisan artikel selama satu hari di Universiti Teknologi MARA, Arau, Perlis pada 20 Oktober 2009. AlhamduLillah, bengkel ini berjalan dengan sempurna di mana seramai 20 orang pensyarah menghadiri bengkel ini bermula pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang. Di bengkel ini, saya menerangkan jenis-jenis jurnal, dan cara-cara menulis artikel dalam jurnal berimpak tinggi. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah UiTM Perlis, Timbalan Pengarah (PJI) dan warga kerja bengkel kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam penulisan artikel dalam jurnal berimpak tinggi. InsyaAllah, jika dijemput, saya sedia untuk kembali ke UiTM Perlis. Terima kasih daun keladi...
Comments