Publication Workshop: Impact Factor Journals 16 October 2009
InsyaAllah, pada 16 Oktober 2009, akan diadakan Bengkel Penulisan Artikel dalam Jurnal Berimpak Tinggi di Malaysia Institute of Transport (MiTrans), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di bengkel ini saya akan menengahkan pengenalan jenis-jenis jurnal dan penulisan jurnal di IPT Malaysia. Slot kedua pula akan saya ketengahkan bagaimana cara menulis artikel dalam Jurnal Berimpak Tinggi. Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana saya tahu memilih dan menulis artikel dalam jurnal berimpak tinggi. AlhamduLillah, sebenarnya saya telah berjaya menerbitkan beberapa buah artikel dalam jurnal berimpak tinggi (ISI Thomson/SCOPUS) dan telah dilantik oleh editor-in-chief jurnal berimpak tinggi sebagai reviewer/penilai. Dengan pengalaman ini, AlhamduLillah, saya dapat mengetahui selok-belok penulisan dalam jurnal berimpak tinggi.
InsyaAllah, bengkel ini terbuka kepada 50 orang peserta dan buat masa sekarang pihak MiTrans telah berjaya menarik staf MiTrans, fellow/associate research fellow MiTrans dan staf I-Learn bagi menyertai bengkel ini.
UiTM telah mensyaratkan KPI bagi Profesor untuk menerbitkan 2 artikel dalam SCOPUS dan Profesor Madya sebanyak 1 artikel dalam SCOPUS setahun, dan oleh yang demikian bengkel ini diharapkan dapat menggalakkan ramai pensyarah UiTM menerbitkan lebih banyak artikel dalam beimpak tinggi.
Comments