Guest Speaker-Jurnal Publication, Universiti Sains Malaysia (USM)

Dua hari lepas saya menerima panggilan daripada PM Dr Maznah, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan Industri), UiTM Kedah bahawa saya perlu menghubungi Y.Bhg Prof. Madya Dato' Dr Ishak Ismail, Dekan, Sekolah Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM). Tengahari tersebut saya pun telefon Dato' Dr Ishak, dan AlhamduLillah, saya mendapat jemputan sebagai penceramah penerbitan jurnal yang akan diadakan di Langkawi pada 6-8 November 2009. Bagi pihak UiTM saya berterima kasih di atas kesudian USM menjemput saya sebagai penceramah bagi menjayakan program ini. InsyaAllah, kita mampu menerbitkan lebih banyak artikel dalam sains sosial dalam jurnal berimpak tinggi.

Comments

Popular Posts