ISI Journal vs. ISI Conference Proceedings-Zaidi's version

Artikel yang ditulis oleh Intan (http://intansalwani.blogspot.com/), menarik perhatian saya. Memang betul apa yang diperkatakan oleh Intan dan sememangnya kita tidak boleh menyamakan 'kedudukan' ISI jurnal dengan ISI conference proceedings kerana kelas mereka amat berbeza. Untuk menerbitkan ISI jurnal sememangnya "amat" sukar berbandingan ISI conference proceedings kerana ianya diterbitkan hasil dari pembentangan kertas kerja seminar dan sememangnya organiser akan 'membenarkan' banyak paper diterima bagi tujuan keuntungan. Oleh yang demikian, kebanyakkan penyelidik yang menghadiri seminar adalah lebih untuk "networking" dengan penyelidik seluruh dunia. Tidak ada salahnya menghadiri seminar kerana kita akan mendapat banyak idea baru dalam penyelidikan dan ramai rakan penyelidik. Bagi pelajar PhD, seminar merupakan medan yang sesuai bagi mereka mengenengahkan idea mereka. Di sana pelajar akan dapat banyak feedbacks terutamanya daripada mereka yang pakar dalam bidang berkenaan. Berbalik pada isu asal, penerbitan artikel dalam ISI jurnal memerlukan "breakthrough of new knowledge", dan bukan sekadar replications, dan idea 'biasa'. Setiap suggestions memerlukan justifications dan fakta yang lengkap. Oleh yang demikian, ada sesetengah universiti sanggup membayar insentif yang banyak kepada ahli universiti yang berjaya menerbitkan artikel dalam ISI jurnal. Secara keseluruhannya, ISI jurnal tidak sama dengan ISI conference proceedings dari segi kualiti, or contribution to new knowledge.

Comments

Kancil Biru said…
Menarik. Telah agak lama saya mencari-cari artikel yang sebegini. Walau bagaimanapun terdapat juga pendapat yang berbeza terutama dalam bidang yang saya ceburi.

http://www.cs.washington.edu/homes/mernst/advice/conferences-vs-journals.html

Teruskan artikel2 yang informative sebegini Dr. Tahniah!!

Popular Posts