Article Writing Course, Intekma Resort, Kementerian Pelajaran Malaysia




AlhamduLillah, bengkel penulisan artikel penyelidikan yang diadakan pada 16-18 November 2009 telah tamat dengan jayanya. Bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenal dan meningkatkan penulisan jurnal bagi pensyarah di Institut Perguruan Guru (IPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 22 orang pensyarah IPG di Unit Research & Development yang datang dari seluruh Malaysia hadir di bengkel ini, dan sebanyak 11 buah artikel berjaya disaring. Bagi pihak saya dan UiTM, saya memohon berbanyak terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi peluang kepada saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam penerbitan artikel. Terima kasih kepada Dr Nashrudin, Dr Fatimah dan rakan-rakan yang saya kenali, dan diharapkan semoga kerjasama ini akan terus dipupuk dan ditingkat pada masa akan datang. Harapan saya, semoga pensyarah IPG dapat meningkat jumlah penerbitan artikel bagi tahun 2010. InsyaAllah.

Comments

Popular Posts