Paper Acceptance-47

AlhamduLillah, dua hari lepas saya menerima berita penerimaan artikel dari Editor-in-Chief, International Journal of Doctoral Studies (IJDS), USA. Agak terkejut juga bila saya menerima komen dari 5 orang penilai dan dua ulasan lain dari Associate Editor in Chief dan Editor in Chief sendiri. Buat masa sekarang, saya jangkakan paper ini paling ramai dinilai, iaitu 7 orang berbanding pada kebiasaannya hanya dua orang penilai. Syukur...kerana ianya diterima untuk penerbitan bagi tahun ini. Tahniah juga kepada penulis bersama iaitu Dr Norzanah Mat Noor dan Nor Lelawati Jamaludin.

Comments