How to be a full Professor (VK7)?
Topik ini amat menarik minat pensyarah, mungkin tak semua, tapi ada pengikutnya. Untuk menjadi professor penuh (VK7 atau JUSA C) di UiTM, terdapat beberapa syarat iaitu;
- Syarat utama, menerbitkan sekurang-kurangnya 7 penerbitan akademik, samada artikel dalam jurnal perdana (ISI Thomson (Web of Science)/SCOPUS), artikel dalam jurnal antarabangsa, buku etc. Jika anda masih belum memenuhi syarat ini, maka perkara di bahagian 2-8 tidak akan diambil kira. Oleh yang demikian, untuk memohon jawatan profesor penuh, anda perlu menerbitkan sekurang-kurang 7 penerbitan akademik
- Pengajaran dan/atau Penyeliaan (markah minima=18)
- Penyelidikan dan Penerbitan (markah minima=12)
- Perundingan dan/atau Kepakaran (markah minima=6)
- Persidangan (markah minima=3)
- Khidmat (Universiti/Masyarakat)
- Sanjungan & Anugerah Akademik
- Kepimpinan & Kualiti Keperibadian
- Perkara di bahagian 6+7+8 (markah minima=21)
Calon yang memohon perlu mendapat markah minima sekurang-kurang 60% bagi syarat-syarat yang ditetapkan di atas, dan jika syarat-syarat di atas telah dipenuhi, maka permohonan calon akan dibawa ke peringkat kesepakaran fakulti dan seterusnya ke peringkat gugusan. Selain dari syarat di atas, calon perlu memenuhi syarat Sasaran Kerja Tahunan (SKT), 80% ke atas dan lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Begitulah, caranya jika anda ingin dilantik sebagai profesor penuh di UiTM. Kepada yang memohon, saya doakan semoga permohonan anda berjaya.
Comments