PhD VIVA Voce Examination Experiance

Viva? Em...boleh dikatakan memeritkan, menakutkan, berdebar-debar, dan bermacam-macam lagi dan jarang sekali kita dengar ada calon yang kata soronok, menghiburkan dan kalau boleh nak ulang sekali lagi (bukan re-viva ye...). Bila ditanya rakan-rakan yang lain pun sama, bermacam-macam perasaan. Ada sesetengah tu, dapat aje surat penggilan viva-voce examination, dah mula panik, duduk tak tentu arah dan mula jadi alim. Apa taknya, solat hajat tiap-tiap malam, sampai anak yang baru 4 tahun pun joint solat sekali. habis satu keluarga solat hajat supaya abah atau mama mereka lulus viva-voce examination. AlhamduLillah, bagus juga tu sebab boleh tambah kebajikan. Ada juga yang terus hafal setiap mukasurat thesis. Satu persatu dihafalnya, macam nak jadi 'hafiz' pula. Masa tu dah mula kurang buat lawak 'bodo' dan kalau ada yang nak buat lawak 'bodo' dah tentu kena marah. So, masa menunggu viva-voce examination ini dikatakan masa serious dan masa buat ibadat-silent period mungkin. Tapi tak semua orang macam tu. Ikut orang le. Pengalaman saya viva-voce lain pula. Panggilan viva-voce dibuat seminggu dari tarikh pembentangan. Kita buat juga sikit-sikit persiapan dan doa "sikit-sikit". Doa kepada Allah semoga perjalanan viva-voce okay.
Pada hari viva-voce saya datang awal dan duduk diluar bilik viva. Masa tu dah mula berdebar-debar. Biasala manusia, sebab kebanyakkan kita tidak berapa senang kalau dinilai. Lama juga menuggu di luar bilik. Ada juga dekat sejam. Bila calon pertama keluar, saya bersedia untuk dipanggil. Masa tu dah makin berdebar-debar. Di luar saya dengar nama saya 'diperbincangkan' oleh panel-panel. Tak berapa jelas, apa yang diperkatakan. Mr Norzaidi, please come in. Saya pun bergegas ke dalam bilik viva-voce dan bawa beg yang berisi dengan pingat, buku, dan jurnal hasil penyelidikan PhD saya. Dalam bilik tu saya dapati dah ada, pengerusi viva-voce Timbalan Pengarah Postgraduate Institute, dan seorang profesor, manakala masa tu ada telecast dengan beberapa orang pensyarah MMU di Melaka, (Dekan, Timbalan Dekan, dan Internal Examiner). Penyelia PhD saya tak ada pada masa itu sebab, beliau sudah berpindah kerja di tempat lain. Bila masuk bilik, saya cepat-cepat ambil pingat, buku dan jurnal dan letak di atas meja dan mengambil masa 5 minit untuk melengkapkan semuanya. Are you ready Mr Norzaidi? tanya pengerusi viva-voce. Dr., please give 5 minutes...dan selepas semua bahan diletak di atas meja, maka saya terus ditanya. Tell me about your PhD. Bagaikan supercar, saya terus memecut menjawab soalan tersebut dengan membaca abstract PhD saya. Selepas itu, saya ditegur oleh pengerusi, please do not refer to your PhD. Ok, saya pun akur dengan arahan berkenaan. Viva-voce saya tak perlukan slides presentation, dan macam-macam soalan ditanya dan AlhamduLillah, viva-voce examination saya tamat dalam masa 30 minit. Fuh...pengalaman yang sangat berharga dan mencemaskan. Selepas sebulan, baru saya dapat keputusan dan AlhamduLillah, hanya "very minor corrections". Begitu la sedikit pengalaman viva-voce PhD saya. Nanti kita sambung lagi cerita viva-voce PhD...dan konvo PhD. Selamat belajar kepada rakan PhD, Zulkifli Mohamed, Kak Hadaliza (Australia), Brother Adnan (NZ), Cincin, Fahmi, Zarina Denan, Halim Kadri, Ustazah Che Zuina, Ustaz Abdul Halim, Ustaz Salehuddin Sayurno, Ustaz Saidin, Rozita, Nasri, rakan-rakan UiTM Johor dan seluruh warga UiTM yang sedang berjuang...

Comments

Terima kasih Dr. kerana turut mendoakan kejayaan kami dalam pengajian.
Bro Adnan said…
Thank you ..jazakallah to bro Dr Norzaidi for your doa' to us..mudah mudahan Allah permudahkan sepanjang kembara ilmu ini.

Popular Posts