My advice to PhD/MSc candidates
Pada minggu lepas saya menganjurkan mini kolokium pelajar PhD dan MSc dibawah seliaan saya. AlhamduLillah semuanya berjalan dengan lancar dan semua pelajar menunjukkan komitment yang tinggi dan serius untuk menamatkan pengajian mereka.
Saya mengesyorkan kepada mereka bahawa selain menyiapkan kajian dan menulis tesis, ada beberapa perkara yanng perlu mereka ambil tahu dengan tindakan yang bersungguh-sungguh. Oleh kerana PhD dan MSc ialah perkara serious, maka pelajar PhD dan MSc pada saya perlu membentangkan sebahagian hasil/hasil mereka di konferen antarabangsa/kebangsaan kerana dengan itu mereka akan dapat 'feedback' dari peserta lain. Di konferen ini pelajar dapat bertemu dengan rakan-rakan dalam bidang yang sama atau 'similiar'. Penukaran dan perkongsian ilmu dijangkakan akan berlaku disamping menambahkan 'networking'. Kalau bernasib baik, pelajar akan berjumpa dengan bakal 'external examiner'. Lebih bernasib baik lagi bila mana kertas kajian mendapat best paper dan diterbitkan dalam jurnal. Selain itu, kertas kajian yang dibentang akan diterbitkan dalam bentuk prosiding. Saya syaratkan pelajar saya membentangkan kertas kajian PhD/Msc mereka sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan keutamaan diberikan pada konferen yang berdaftar dengan ISI dan SCOPUS.
Selain konferen, saya juga mengesyorkan pelajar bertanding dalam pertandingan rekacipta, diperingkat UiTM dan fakulti. InsyaAllah di sana pelajar akan mendapat komen-komen yang bernas daripada pihak akademik dan industri.
Jika konferen sudah, dan pertandingan rekacipta pun sudah, perkara pokok lain ialah penulisan (paling penting). Pelajar PhD dan MSc perlu menerbitkan artikel mereka sekurang-kurangnya dalam jurnal antarabangsa. Paling bagus dalam Web of Science (ISI) dan SCOPUS. KPI saya: terbitkan 2 artikel dalam setahun.
InsyaAllah dengan aktiviti yang disebutkan di atas, pelajar PhD dan MSc akan mempunyai 'confident' yang tinggi di mana ianya dapat membantu mereka sewaktu 'viva-voce examination'. Kalau semua 'weapon' dah ada, maka viva-voce examination akan bertambah mudah. Tak perlu risau sangat. InsyaAllah, lepas tamat pengajian nanti, pelajar dah boleh mohon untuk kenaikkan pangkat sebab semuanya sudah tersedia.
Ingatlah usaha tangga kejayaan, dan setiap usaha perlu dilakukan dengan bijaksana serta ada strategi. Banyakkan doa dan bertawakkal kepada-Nya. Kepada pelajar PhD dan MSc, saya doakan semuanya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Comments
saya baru terbaca blog prof utk pelajar yg nak smbg master atau PhD, dan saya rasa ianya amat kagum. Buat masa sekarang sy adalah student postgraduate yg baru sahaja mendaftar di Mitrans. Diharap Prof dpt memberi lg tips2 bahgia hidup Prof utk tontonan umum hehe.....tq
Sila hubungi Cik Aqilah, MSc di MITRANS untuk keterangan lanjut.