2 articles accepted

AlhamduLillah, minggu lepas saya menerima berita bahawa 2 artikel telah diterima untuk penerbitan. Artikel pertama tulisan bersama Rozita (calon PhD dan staff UiTM Melaka); "Factors affecting cultural uncertainty on brand trust: evidence from fast food industry in Malaysia", InsyaAllah akan diterbitkan dalam Journal of ASIAN Behavioral Studies, manakala sebuah artikel, "Determining critical success factors of oral cancer susceptibility prediction using fuzzy models in Malaysia's health sector", penulisan bersama PM Dr Rosma, Dr Basir, Dr Siti Mazlipah, dan Dr Sameem InsyaAllah akan diterbitkan dalam Sains Malaysiana, jurnal bertaraf ISI Reuter dan SCOPUS. Tahniah kepada semua dan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam penulisan ini.

Comments

Popular Posts