Malay Book Subcribed by Foreign Universities and Libraries


AlhamduLillah, buku tulisan bersama-sama rakan-rakan di UiTM Johor, iaitu Wakaf Pengurusan dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam di Malaysia, telah dibeli oleh beberapa buah universiti dan perpustakaan luar negara. Buku ini merupakan hasil kajian IRPA yang membicarakan pengurusan wakaf pendidikan yang diurus tadbir oleh Majlis Agama Negeri (MAN). Skop kajian kami merangkumi sekolah agama rakyat di Semenanjung Malaysia dan hasilnya pernah dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Wakaf Pertama di Kuala Lumpur, 2006 dan JAWHAR 2007. Paling menarik walaupun buku ini 100% dalam bahasa melayu ianya menjadi sumber rujukan di luar negara. Buat masa sekarang, buku ini telah dibeli oleh Yale University, USA (Ivy League University); Cornell University,USA (Ivy League University); Ohio University, USA; Library and Archieves, Canada; National Library of Australia dan National Library Board of Singapore. Selain itu, buku ini berada di beberapa perpustakaan awam dan universiti di Malaysia (e.g. Monash University Malaysia, International Islamic University, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, etc.). Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penulis bersama Y.Bhg Ustaz PM Dr Ahmad Zaki A. Latiff, pensyarah CITU, UiTM Shah Alam; Ustaz PM Abdul Halim Ramli, pensyarah CITU UiTM Johor, Ustazah PM Che Zuina Ismail, pensyarah CITU UiTM Johor; dan Ustaz Kamarulzaman Sulaiman, pensyarah CITU, UiTM Johor; di atas kejayaan ini dan saya berharap semoga hasil kajian ini dapat memberi menafaat kepada semua. InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan bagi memberi penerangan terutamanya kepada masyarakat luar mengenai keindahan sistem wakaf yang amat sesuai digunakan oleh semua peringkat masyarakat. Sememangnya pengurusan wakaf pendidikan telah lama dipraktikkan oleh masyarakat Barat (Harvard University etc) dan berjaya melahirkan tokoh-tokoh terkemuka.

Comments

Popular Posts