Jurnal Publication Course at Universiti Malaysia Pahang



AlhamduLillah, kursus penulisan artikel dalam jurnal telah selamat dijalankan di Universiti Malaysia Pahang pada 31 Jun - 1 Julai 2010 di kampus induk UMP Kuantan. Seramai lebih 30 orang peserta dari pelbagai fakulti menghadiri kursus selama 3 hari ini. Terima kasih kepada Prof. Dr Badrulhisham Abdul Aziz, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Prof. Madya Dr Abdullah Ibrahim, Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing (CAIC) serta Puan Emma & staf CAIC yang banyak membantu saya sewaktu di sana. Jemputan ini merupakan jemputan yang ke-5 saya ke UMP dan sememangnya saya tidak mempunyai masalah untuk datang ke UMP. Saya juga mendapat permintaan untuk kursus penulisan proposal PhD dan Analisis Data daripada peserta. InsyaAllah, saya akan cuba memenuhi permintaan ini.

Comments

Popular Posts