Al-Khawarizmi International College, Abu Dhabi




Saya bersama rakan ke Al-Khawarizmi International College, Abu Dhabi untuk bertemu dengan Dr Mastura Mohamad, seorang warga Malaysia yang bertugas di kolej berkenaan dan juga Presiden Malaysian Business Council of Abu Dhabi. Y.Bhg Dato' DZul yang mencadangkan kami untuk berjumpa dengan Dr Mastura. Perjalanan kami dari Dubai ke Abu Dhabi mengambail 1 jam lebih. Suasana di Abu Dhabi agak berlainan berbanding Dubai kerana kebanyakkan bangunannya agak lama dan malamnya agak hidup. Sewaktu di Al-Khawarizmi International College, kami ditemukan dengan Encik Samy H. Al-Kasabgy, Pengurus Perhubungan Pelajar. Dalam pertemuan ini, kami berpeluang mengetahui dengan lanjut perkembangan kolej berkenaan. Di sana kami mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar dan staf Al-Khawarizmi International College. Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Al-Khawarizmi International College dan Dr Mastura kerana banyak membantu kami dalam pengumpulan data kajian.

Comments