MATRADE in Dubai

Bersama Y.Bhg. Datuk Yahaya Abdul Jabar, Duta Malaysia ke UAE

Para Peserta Malaysia Gulfood, Dubai 2011

Selepas melepaskan keletihan, kami berempat, Dr Rosidah (DRM), Ust. Dziauddin (UDZ) dan Mahiah (M) pagi-pagi berangkat ke MATRADE di tengah pekan Dubai. Di sana kami akan diberi penerangan oleh beberapa orang pengawai Malaysia Trade Centre (MATRADE) dan penceramah jemputan mengenai Gulfood dan budaya berniaga orang UAE. AlhamduLillah, saya sempat bertemu dengan Y.Bhg Datuk Yahaya Abdul Manaf, Duta Malaysia ke UAE. AlhamduLillah, dalam temubual, Datuk Yahaya ada memberi beberapa input berkaitan penyelidikan kami di sini. Selain itu, saya sempat bertemu dan bertanyakan beberapa soalan dengan Y.Bhg Dato' Dzulkifli, Senior Trade Commissioner Counsel (Trade) di Dubai. Selepas itu kami berempat ke Gulfood, Dubai bagi meninjau persekitaran pameran tersebut.

Comments