Padang Pasir di UAE
Apabila sebut tanah arab, perkara yang terkeluar dari fikiran saya ialah, unta dan gurun. Peluang untuk menjalankan penyelidikan di UAE membuka minat saya untuk melihat gurun yang dikatakan panas dan kering kontang. Saya bersama DRM, UDZ dan MCR meninjau gurun di sekitar Dubai dengan pacuan empat roda. Sememangnya jelajah gurun merupakan nadi pelancongan UAE, dan semasa di gurun tersebut saya dapati ramai pelancong luar berada di sana. Memang, gurun ini sangat panas dan hanya ditumbuhi dengan pohon renek gurun. Syukur kerana Malaysia sangat subur dan kalau tanam apa pun InsyaAllah akan tumbuh, hanya dengan sedikit kerajinan dapat menambah rezeki yang dicari...
Comments