Day 3-Visiting Professor KSU

Hari ini saya dijemput oleh Dr Rashid Alhamali, rakan penyelidik di KSU dan sekarang bertugas sebagai Timbalan Rektor (Akademik), Hail University, 500km dari kota Riyadh. Beliau membawa saya terus ke College of Business Administration. Buat masa sekarang Dr Rashid berulang-alik dari Hail University ke King Saud University (KSU) setiap minggu bagi memenuhi pengajaran MBA di KSU. Semester depan beliau akan terus berada di Hail University selama 3 tahun. Di College of Business Administration (CBA) saya diperkenalkan kepada Prof. Ahmed Salem Al Ameri, Dekan CBA. Di sini juga berjumpa dengan sahabat Malaysia yang sekarang bertugas di KSU, Dr Razak, bekas pensyarah UM. Terima kasih kepada CBA kerana menjemput saya untuk memberi ceramah mengenai penulisan artikel dalam jurnal.

Comments

alinsonpaul said…
MBA or Master of Business Administration is a post graduate degree program in Business Management.

MBA Colleges in Australia

Popular Posts