Bandaraya Kuching, Sarawak

Replika Kucing di Bandaraya Kuching

AlhamduLillah, perjalanan pulang saya dari bandaraya Kuching selamat. Dekat 4 hari saya di sana sempena Bengkel Penyelidikan anjuran UiTM Sarawak. Dalam 4 hari itu saya tinggal di hotel 5 bintang, Riverside yang terletak betul-betul dalam bandaraya Kuching. Sejak dari dulu lagi saya teringin untuk menjejakkan kaki di bumi kenyalang, dan AlhamduLillah sampai juga saya di sana. Bandaraya Kuching ini, Allah kurniakan dengan kecantikan semulajadi. Ada sungai mengalir membahagikan dua bandar Kuching; Kuching Utara dan Kuching Selatan. Saya sempat dibawa oleh Asak, pemandu UiTM ke beberapa tempat. Bandaraya Kuching, bagi hemat saya cantik dan bersih. Tak jauh dari hotel tempat saya menginap, ada sebuah replika kucing. Ramai pelancong berposing di situ. Dahulunya hanya seekor kucing, tetapi lama-kelamaannya bilangan kucing itu bertambah. Mungkin, dah beranak-pinak. Kenapa bandaraya utama ini dinamakan bandaraya kuching? Pada zaman Raja Brooke dulu dikatakan terlalu banyak kucing dipasar-pasar sehinggakan Brooke menamakannya the cat city. Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa melayu jadinya bandar kuching (ejaan lama). Begitulah ceritanya...UiTM Sarawak, terima kasih kerana menjemput saya.

Comments

alex said…
Tq Dr kerana menghargai tempat kelahiran saya..... tak kenal maka tak cinta
Unknown said…
JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH