Oleh kerana artikel

AlhamduLillah, saya memanjat kesyukuran kepada Kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya masih lagi dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Dugaan yang saya terima semasa dan selepas tamat pengajian, sememang saya akur; amat berat sekali. Saya sentiasa berdoa agar Allah S.W.T sentiasa memberikan saya kekuatan dan sokongan dimasa susah dan senang. Saya bersyukur dengan penerbitan artikel saya dalam jurnal berimpak tinggi dan beberapa buah buku telah mengundang beberapa calon Ph.D untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada saya. Baru-baru ini datang seorang calon Ph.D dari UIA bertanyakan task-technology fit dan beberapa 'concept' lain. Beliau mendapat tahu mengenai saya melalui artikel yang diterbitkan dalam emerald dan buku terbitan UPENA. Sebelum ini, seorang calon Ph.D UUM bertemu dengan saya dan bertanyakan task-technology fit juga. Saya juga mendapat e-mail dari jauh, USA di mana beliau merupakan seorang calon Ph.D yang bertanyakan external examiner saya. Beliau meminta pandangan saya mengenai external examiner (dari USA), dan kalau boleh beliau juga ingin mengesyorkan external examiner yang sama. Saya juga menerima acknowledgement dari rakan kenalan baru dari UPM yang bertanya khabar dan InsyaAllah kami akan menjadi 'research associate' nanti. Bila difikirkan kembali...AlhamduLillah yang mampu saya ungkapkan. Ini semua kerja Allah. Sebab itu saya tidak mudah jemu menulis artikel dan buku akademik, walaupun terdapat beberapa kekangan 'dalaman' dan 'luaran'. Saya percaya sekuat mana sekalipun manusia cuba menghalang, mereka tidak akan mampu 'menghalang' ketentuan dari-Nya. InsyaAllah...

Comments

fusarium solani said…
Saya sudah beritahu kakak sepupu saya, pelajar phd uitm ttg blog prof.
Mungkin seorang lagi....yang mahu menambah ilmu.Semoga Allah swt permudahkan prof. dengan ilmu dan kebesaran jiwa..Amin.

Aliff juga yang masih mendaki tangga kumpul wang untuk master, ish!ish!
Nurashikin said…
assalamualaikum dr zaidi,

feel free to visit my blog..Budak-budak baru belajar.. :)
Terima kasih, Sdr. Fus, di atas sokongan yang diberikan.

Sdri. Nurashikin, you have a nice blog. Macamana dengan kerja di JKR?
Nurashikin said…
Terima kasih Dr Zaidi..

Belum bermula lagi sebagai kakitangan kerajaan. :) InsyaAllah, akan lapor diri pada hujung bulan ini di JKR. Tempat posting pun belum diberitahu lagi. Surat tawaran, medical checkup dan Surat Sumpah sudah diterima dan sudah diuruskan. Doakan saya berjaya ye DR Zaidi..

Dr Intan busy yer? Tiada update blog ker Dr Intan. Selalu saya jenguk..
Aryati Bakri said…
Bagus juga letak perkongsian sebagai penyelidik dan ahli akademik di sini. Mungkin pengalaman itu boleh digunakan oleh orang lain sebagai rujukan terutamanya apabila tengah tension dgn research and Phd.

Popular Posts