Business Invention, Innovation and Design (BIID) 2008

AlhamduLillah, dua hari kami bermesyuarat bagi mendapatkan jumlah terakhir penyertaan pertandingan rekacipta peringkat fakulti. 50 penyertaan yang diterima dan itulah angka yang kami tetapkan. Sebenarnya, ada lagi penyertaan yang diterima tetapi disebabkan kekangan kewangan dan lain-lain faktor, maka kami hanya membenarkan 50 produk yang dipertandingkan. Dari mesyuarat ini, kami juga dimaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor Akademik yang akan menyampaikan hadiah kepada pemenang. BIID 2008 dikhususkan kepada staf dan pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan dan InsyaAllah, pertandingan ini akan diteruskan pada tahun hadapan. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Comments

Popular Posts