Editorial Review Board of Interdisciplinary Journal of Information, Knowledge and Management

Rezeki yang Allah berikan sememang melimpah ruah. Kadang-kala kita terlupa dengan nikmat yang diberikan. Saya terkenangkan komen daripada sahabat handai (e.g. Sdr. Hisham dan Sdr. Halim), mengenai rezeki. Betullah, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat ke atas kita. AlhamduLillah semalam, saya dilantik sebagai Editorial Review Board bagi international refereed journal, Interdisciplinary Journal of Information, Knowledge and Management (IJIKM) (USA). IJIKM merupakan salah satu jurnal rasmi Informing Science Institute, USA. Oleh kerana Informing Science Institute, USA akan mengadakan internatioanl conference, maka saya juga turut terlibat sebagai reviewer bagi Informing Science and Information Technology Education Joint Conference, June 12-15 2009. AlhamduLillah, segala pengalaman ini akan saya gunakan untuk menafaat bersama.

Comments

Syah said…
Tahniah Dr Zaidi,

Murah betul rezeki. Alhamdulillah..
AlhamduLillah. Shah. Macamana di sana?
fusarium solani said…
Salam
Prof Zaidi
Murah sungguh rezeki tuan! Semoga dirahmati Allah SWT lebih lagi atas usaha penyebaran ilmu.