Kalimah Allah di Langit Shah Alam
Di hadapan rumah, Kalimah Allah jelas kelihatan di Bukit Bandaraya, Shah Alam
Pada hari selasa (September, 30 2008) jam 3.20 petang, saya keluar rumah untuk menjemput adik ipar, Hakimi bagi mengambil beberapa barang untuk perayaan hari raya. Pada masa itu saya ternampak awan yang membentuk kalimah Allah di langit. Pada masa yang sama, Hakimi terus capai handphone untuk ambil gambar. Saya panggil Intan untuk melihat kejadian besar ini. Tak puas dengan camera handphone, Hakimi merakamkan saat itu dengan camera lain. Kami sempat melihat bagaimana awan itu bertukar dan hilang menjadi kepulan awan biasa. Paling unik, arah kalimah Allah ini sebaris dengan arah kiblat dan di 'kurungi' dengan petak-petak awan lain. SubhanAllah. Allah tutupkan ramadhan kali ini dengan peringatan yang besar. Kejadian ini berakhir dalam dua minit sahaja.
Comments