World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies, Brussels, Belgium 2008
Dari kiri PM Ir. Loo Huck Soo (Pingat emas), Encik Badrul Hisham Mohd Noor (Pingat Perak), Dr. Shanker Kumar Sinnakaudan (Pingat Perak), Datin Prof. Dr. Toh Poh See (Pingat Perak), Dr. Norzaidi & Intan Salwani (Pingat Emas dan Pingat Perak), Encik Rahimi Baharom(Pingat Emas), dan Encik Syed Alwi Syed Abu Bakar (Pingat Gangsa).
AlhamduLillah, kontingen UiTM berjaya membawa pulang 3 pingat emas, 4 perak, 1 gangsa dan 1 pingat emas Romanian country award. Saya bersyukur kerana semua produk UiTM berjaya mengondol hadiah. AlhamduLillah, saya dan Intan berjaya membawa 1 pingat emas (TECHPROVED Model), 1 pingat perak (CAMS) dan ini merupakan pingat ke 39 dan ke 40. Dua pingat emas lain hasil dari penyelidikan Sains Teknologi. Mengikut perkiraan saya dan Intan, kemenangan emas bagi produk kami merupakan emas sulung produk Sains Sosial dipertandingan rekacipta antarabangsa di luar negara. AlhamduLillah, saya memanjatkan kesyukuran bahawa kami semua selamat pergi dan kembali ke tanahair. Terima kasih kepada UiTM yang tidak jemu-jemu memberi sokongan padu dalam memertabatkan penyelidikan dikalangan stafnya.
Eureka-Innova 2008 diserta oleh Algeria, Belgium, Bosnia and Herzegovina, China, Crotia, France, Hungary, Iran, Maldova, Malaysia, Poland, Romania, Russia, Saudia Arabia, Spain dan UK.
Comments
Dr Zaidi & Dr Intan,
Tahniah... Tahniah juga kepada kontinjen UiTM keseluruhannya...
Kejayaan sebegini mencucuh semangat dan membakar motivasi kami sebagai new comers untuk turut aktif dalam penyelidikan dan inovasi...
Tahniah sekali lagi...