Bertemu H.E Ambassador Malaysia, United Nations, Geneve

Bersama Duta Tetap Malaysia ke United Nations, Datuk Othman Hashim (tengah)

Bersama Prof. Dr. Fauzi (USM-kanan) dan
Prof. Dr. Rosli Mohd Yunus (TNC Penyelidikan/Inovasi, UMP-kiri)
di Attache Malaysia di Geneve

Saya bersama rakan seramai 22 orang telah dijemput untuk mengunjungi attache Malaysia di Geneve dan bertemu dengan Duta Tetap Malaysia ke United Nations, Datuk Othman Hashim. Kami diketuai oleh Dr. Wan Manshol, selaku ketua deligasi Malaysia ke 37th International Inventions, New Techniques and Products, Geneve, Switzerland. Encik Fauzi Hj Azmat, seorang pegawai besar di kedutaan, menyambut kami dengan penuh mesra dan memperkenalkan kami kepada Datuk Othman Hashim. Datuk Othman memulakan kata-kata aluan dengan mengucapkan selamat datang ke Geneve dan menyarankan kami supaya mengambil peluang untuk mempelajari seperti sistem pengangkutan awam di Geneve yang dianggap terbaik di dunia. Selepas ucapan beliau, Dr. Wan Manshol, menerangkan penyertaan Malaysia di Geneve dan mengalu-alukan kehadiran Datuk Hashim ke tapak pameran di Pelexpo yang menempatkan banyak produk Malaysia dari UiTM, UTM, UNIMAP, UMP, USM, Giat MARA, dan UTP. Selepas ucapan itu, kami disajikan dengan makanan Malaysia. Program ini berlangsung selama 2 jam, dan kami pulang semula ke Pelexpo dengan bas awam...dan sesat. Pakat semua naik bas lain untuk pulang ke Pelexpo.

Comments

Popular Posts