Jurnal Article VS Proceedings Article


Ramai yang bertanya kepada saya, mana lebih baik, menulis artikel dalam jurnal atau menulis artikel dalam prosiding. Bagi saya kita perlu lihat jurnal atau prosiding apa yang kita tulis. Pada kebiasaanya jurnal terbaik ialah jurnal yang tersenarai dalam ISI Thomson Reuters dan SCOPUS (jurnal perdana). Sama juga dengan prosiding; yang terbaik ialah prosiding yang tersenarai dalam ISI Thomson Reuters dan SCOPUS. Memang agak jarang kita dengar bahawa ada juga prosiding yang tersenarai dalam ketegori elit, walaubagaimanapun sejak kebelakangan, perkara ini sudah menjadi kelaziman kepada penyelidik. Oh ya, apa ianya prosiding? Prosiding ialah kumpulan artikel yang diterbitkan oleh penganjur seminar. (Nota: Anda perlu mengetahui bahawa tidak semua seminar akan menerbitkan prosiding). Proses penilaian adalah sama seperti penilaian artikel bagi jurnal dan jika ianya tersenarai dalam ISI Thomson Reuters dan SCOPUS, penilaian akan bertambah ketat serta amat teliti bagi menjamin kualiti penerbitan. Penilainya terdiri daripada mereka yang sudah banyak menerbitkan artikel dalam jurnal perdana dan aktif dalam penulisan artikel.

Jika anda mempunyai prosiding yang tidak tersenarai dalam ISI Thomson Reuters dan SCOPUS, maka nilainya akan kurang sedikit berbanding artikel yang anda terbitkan dalam (1)jurnal perdana, (2) jurnal antarabangsa. Oleh yang demikian, jika anda sedang belajar MSc. atau PhD, maka pada masa ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda untuk menulis sebanyak mungkin. Paling baik terbitkan artikel anda dalam jurnal perdana atau prosiding yang tersenarai dalam ISI Thomson Reuters dan SCOPUS! Buat strategi pembelajaran yang betul kerana jika anda berjaya, InsyaAllah, anda akan menuai hasilnya kelak. Bagi hemat saya, pelajar PhD perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 2 penerbitan dalam jurnal perdana atau 3 jurnal antarabangsa termasuk menyertai pertandingan rekacipta. Kenapa? Dengan berbuat demikian, ianya dapat membantu pelajar PhD mengenalpasti semada penyelidikan yang dijalankan sudah mencapai tahap kesarjanaan PhD disamping mendapat input-input baru bagi menguatkan kajian PhD yang sedang dijalankan. Fikirkanlah...semoga anda semua berjaya dengan jayanya kerana your PhD is your masterpiece.

Comments

Anonymous said…
Dear Dr.
Can I get your comment on this article from Education in Malaysia blog on the unworthiness of the medals: http://educationmalaysia.blogspot.com/2006/12/medal-obsession-continues.html

Thanks!

Popular Posts