PhD...PhD
Pada hari jumaat lepas, saya sempat mendengar pembentangan beberapa proposal PhD bagi kursus research methodology anjuran ILQaM. Setelah mendengar daripada beberapa orang calon PhD, maka saya dapati kebanyakkan mereka masih belum bersedia, dan ada juga yang bagus, hanya perlu tambahkan beberapa bahagian untuk kuatkan proposal mereka. Apa masalahnya? Paling ketara ialah isu kajian yang mana calon PhD tidak dapat menghubungkannya dengan masalah kajian. Ada sebahagian tajuk kajian tidak menepati taraf PhD. Maka saya ingin simpulkan bahawa, calon PhD perlu mengetahui bahawa tajuk kajian PhD bukan seperti tajuk kajian biasa dan ianya memerlukan ketelitian serta ilmu mengenai penyelidikan. Calon Phd yang akan memohon biasiswa PhD perlu tahu selok belok ilmu penyelidikan, termasuk gaps of knowledge, bagaimana mengumpul data, analisa data etc. Kadang-kala kita terdengar beberapa orang rakan kita yang sememangnya rajin/commited, belajar ikut waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang, tetapi setelah 1 tahun, mereka masih buntu dengan tajuk kajian. Kenapa jadi begini? Mungkin kaedah tak sesuai. Ada juga yang merungut bahawa supervisor tidak membantu mereka. Saya tidak setuju dengan pendapat ini, kerana pada peringkat PhD, sebenarnya calon yang perlu menyiapkan 95% pada keseluruhan program, manakala supervisor berfungsi sebagai penunjuk jalan. Oleh yang demikian, calon sepatutnya sudah arif menjalankan kajian sewaktu menyiapkan thesis diperingkat ijazah sarjana/master. Jika tidak, masalah akan timbul, dan kita perlu banyak belajar, berusaha, berdoa, dan bertawakkal. Saya yakin, jika calon-calon PhD yang sudah melengkapkan diri dengan ilmu penyelidikan, InsyaAllah, pengajian mereka akan mudah kelak. Oh ya, jangan lupa baca buku tulisan Uma Sekaran (2008) dan Hussey and Hussey (1997) keluaran Palgrave, UK. Selamat Belajar, Maju dan Jaya.
Comments