Dana Kecemerlangan UiTM

Semenjak 1 tahun setengah berada di Research Management Institute (RMI), banyak perkara yang telah saya pelajari, terutamanya ilmu dalam perundingan, penyelidikan, teknologi maklumat dan inovasi. Oleh yang sedemikian, saya berasa bersyukur kerana sedikit sebanyak saya dapat berkongsi ilmu ini dengan rakan-rakan yang menjemput saya sebagai penceramah.
Buat masa sekarang, UiTM menawarkan geran penyelidikan kepada semua stafnya melalui dana kecemerlangan (KCM). KCM terbahagi kepada 4 ketegori iaitu
  1. Institutional research
  2. Research project, difficult to get fund elsewhere
  3. New lecturers/for purpose of job confirmation
  4. Supervisor to post graduate by research students

Ketegori yang ke-4 merupakan ketegori terbaru yang diwujudkan dengan tujuan menggalakkan penyelidikan dikalangan penyelia pelajar master/PhD. Dengan initiatif ini, diharapkan pensyarah akan dapat menghasilkan kajian yang bermutu serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Sejajar dengan matlamat UiTM untuk menjadikannya sebagai salah sebuah universiti bertaraf universiti penyelidikan, maka usaha ini merupakan salah satu jalan terbaik bagi pensyarah dalam menghasilkan output terbaik seperti penerbitan artikel dalam jurnal berimpak tinggi, buku, prosiding dan inovasi. Selain dari itu, penyelidikan juga dapat menyumbang kepada khidmat nasihat atau kepakaran kepada syarikat atau badan-badan kerajaan yang memerlukan. Oleh yang demikian, teruskan usaha ini dan InsyaAllah, UiTM akan mencapai taraf "Research University" dalam tahun 2009!

Comments