Prague dan Kenangan European Applied Business Conference (EABR), Czech Republic
(Independent Business Owner vs Franchise Business)
AlhamduLillah, saya dan Intan selamat sampai ke Kuala Lumpur pada subuh hari ini. Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu, kesihatan saya sedikit terganggu. Walaubagaimanapun, saya dan Intan setuju bahawa EABR di Prague banyak memberi sumber inspirasi kepada kami mengenai tajuk kajian yang akan dilakukan kelak. EABR juga mendedahkan kami bagaimana negara-negara maju seperti USA, Canada, Australia, Jepun menggunakan teknik pembelajaran secara active participation dan ianya amat berkesan sekali. Kali ini EABR mengundang ramai peserta dari UiTM, Prof. Dr Fauziah Noordin (Penolong Naib Canselor ILQaM), PM Dr Jamil Hamali (Pengarah UiTM Sarawak), PM Dr Ruhaya Atan (Pengarah Peperiksaan), PM Dr Datin Dr Hajibah Osman (Dekan Akademi Bahasa) , PM Dr Rohana Othman (Koordinator ILQaM), Dr Erlane K. Ghani (Pensyarah Perakaunan) dan Mohd Noor Mamat (Fakulti Pendidikan). Jika ada rezeki, InsyaAllah kita bertemu sekali lagi pada Jun 2010 di Ireland!
Comments