Research Methodology Course, Universiti Malaysia Pahang, 1-2 June 2009
AlhamduLillah, Research Methodology Course di Universiti Malaysia Pahang (UMP) melabuhkan tirainya semalam. Boleh dikatakan searamai 40-50 orang peserta menghadiri kursus ini. Saya berterima kasih kepada Brother Adnan (ex-IIU), mengusahakan kursus ini. Selain itu, saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr Abdullah Ibrahim, Pengarah Pusat Pembangunan & Jaminan Kualiti Akademik, Universiti Malaysia Pahang kerana memberi kepercayaan untuk kali kedua kepada saya sebagai penceramah. Lebih menarik lagi, saya sempat bertemu dengan Sifu PhD saya iaitu Prof. Dr Mohd Ridzuan Nordin yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Pengajian Siswazah, UMP. Sudah lama kami tidak bertemu, dan banyak perkara yang diperbualkan. Sekali lagi, terima kasih warga UMP. InsyaAllah, kita akan bertemu kembali untuk kali ke 3 bagi Bengkel Penulisan Proposal pada 1-2 Julai 2009.
Comments
trima kasih PM d atas segala tunjuk ajar serta petua yg PM berikan. wpon sy adlh pelajar d peringkt master, sy rs sgt teruja untuk menghasilkn journal, article dsb slps ni.
persembahan PM sms prog sungguh bersemangat!
sy rs x sabar utk jejak kaki ke alam PhD. iAllah
tahniah & terima kasih sekali lg PM Norzaidi!
Boleh tak Dr bagi tajuk penuh buku Uma & Hussey? Saya browse blog, dr keep on saying their books were great. Boleh jadi penunujk bagi saya.
Thanks