Al-Kisah Buku Upena dan "Sleeping Partner"



Baru-baru ini saya menerima dua e-mail yang mengajukan soalan yang berkaitan penerbitan. Pertama mengenai penerbitan buku dan keduanya penerbitan artikel. Kedua-dua isu ini nampaknya menjadi tumpuan pembaca yang ingin tahu kenapa saya hanya cenderung menulis buku terbitan UPENA dan kenapa nama Intan Salwani diletakkan dalam nama penulis artikel dalam international refereed journal. Persoalan ini diajukan dengan maksud ingin tahu atau sengaja untuk dijadikan isu? Allah sahaja yang mengetahui. Walaubagaimanapun, jawapan kepada soalan ini telah dijawab dengan panjang lebar oleh Intan di http://intansalwani.blogspot.com. Isu ini dah lama berlarutan. Sebelum ini saya diuji dengan masalah qualification of speaker. Ada kampus yang menjemput saya untuk berkongsi ilmu penyelidikan dan penerbitan artikel dalam jurnal berimpak tinggi. Tiket dan tempat tinggal sudah diurus, tetapi hanya dua-tiga hari sebelum ke sana, saya terima panggilan mengatakan ceramah saya dibatalkan. Masalahnya saya tak cukup baik untuk memberi ceramah, sebab tak ada Associate Professor. Tak apalah, saya akur dengan ketentuan-Nya. Selang beberapa bulan, saya terima jemputan untuk ke kampus lain. AlhamduLillah, saya berjaya menyampaikan ceramah penyelidikan, inovasi dan system perseus. Pihak penganjur begitu baik melayani saya dan boleh dikatakan pada setiap sessi, dewan penuh! Begitulah...adat, bila kita nak "mula' berjaya, akan ada dugaan. Semoga dengan kedatangan Ramadhan, akan menguatkan lagi jatidiri saya bagi menghadapi segala dugaan yang bakal tiba. InsyaAllah...

Comments

Salam Dr. Zaidi,
Janganlah risau sangat dengan komen-komen macam tu. Semoga komen-komen ini meningkatkan lagi semagat Dr. Zaidi dan Dr. Intan untuk terus berjaya.
Akh. Mohd Halim. Terima kasih kerana sokongan anda.
Eikyn said…
This comment has been removed by the author.
Terima kasih, Nurashikin. Macam tu lah...
fusarium solani said…
Salam Prof.

Manusia tak lari daripada buruk sangka dan PHD yang tak bersijil.
Paling baik berlapang dada ye tak!
Semoga dipermudahkan Allah SWT. Amin.

Salam ramadhan buat Prof dan isteri.
Anonymous said…
Salam Dr Zaidi & Dr Intan.

Sudah lumrah hidup manusia, recognition datang dalam dua rupa, iaitu hormat dan kesumat. Yang berupa hormat kita ucap terima kasih, dan yang berupa kesumat kita panjatkan doa kepada yang Maha Pengasih. Apa pun, semoga apa jua rupa yang datang, kita teruskan langkah untuk menyahut tuntutan fardhu kifayah yang masih panjang. Teruskan perjuangan!!
Sdr. Fus dan Hisham. InsyaAllah, saya akan meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan seperti sediakala.

Popular Posts