Apa yang perlu ada dalam proposal Ph.D

Terdapat beberapa item penting yang perlu ditekan dalam proposal Ph.D. Di antaranya ialah;
1. Tajuk kajian; tajuk kajian perlulah ringkas dan 'terus' memberikan penjelasan maksud kajian. Jika ramai yang tidak memahami tajuk yang dicadangkan, maka terdapat masalah pada kajian. Pemilihan ayat perlulah mudah, ringkas dan tidak memberikan maksud yang berlainan kepada pembaca.
2. Latarbelakang kajian; secara umum menerangkan bidang kajian bermula dari perkembangan industri dunia, regional dan akhir Malaysia (jika kajian dijalankan di Malaysia)
3. Isu kajian; Isu kajian adalah penting bagi membawa penilai mengetahui punca masalah yang akan dibincangkan.
4. Permasalahan; Kaitkan dengan isu kajian. Dengan berbuat demikian, penilai akan dapat memahami permasalahan kajian dengan jelas. Adalah baik jika diberikan beberapa contoh permasalahan yang melibatkan kemerosotan keuntungan dalam return on investment (ROI) dan kehilangan nyawa (mungkin, mengikut kesesuaian kajian).
5. Gaps of knowledge-Dari permasalahan yang timbul, cuba kaitkan dengan gaps of knowledge. Penilai akan menekankan bahagian ini kerana Ph.D anda amat bergantung kepada berapa kritikalnya gaps of knowledge yang akan anda kaji dan selesaikan.
6. Objektif kajian-Objektif kajian perlu diterangkan dengan secara umum dan diperjelaskan dengan objektif secara specific. Objektif secara umum sebenarnya telah digambarkan pada tajuk kajian anda. Penilai yang berpengalaman akan membandingkan tajuk kajian dengan objektif kajian samada ianya sama atau sebalaiknya.
7. Justifikasi kajian-bahagian ini menerangkan kenapa anda memilih sesuatu tajuk berkenaan. Sebagai contoh; kenapa anda memilih untuk mengkaji intranet dan bukannya internet. Penjelasan perlu disokong dengan beberapa kajian lampau.
8. Significance of study-Anda perlu menerangkan hasilkan ini akan memberikan faedah kepada pentadbir, atau mana-mana decision makers.
9. Delimitation of study-dalam kata lain ianya merupakan skop kajian di mana anda perlu membataskan kajian yang akan dijalankan bagi mencapai objektif kajian.
10. Kajian literatur-kajian literatur adalah perlu bagi membentuk theoretical framwork kajian. Di akhir kajian literatur anda diperlukan untuk mengkritik pendapat yang dicadangkan oleh kajian lampau. Dengan kritikan ini anda akan mencadangkan satu model yang baru bagi mengatasi permasalahan yang timbul.
11. Research methodology-Bagaimana anda menjalankan kajian? Ini merupakan persoalan utama dalam research methodology. Anda perlu menerangkan secara detail supaya penilai dapat memahami bagaimana kajian akan dijalankan. Jangan lupa bincangkan theoretical framework/model yang akan digunakan termasuk hypotheses yang dicadangkan.
WallahuA'lam

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum. Dr.
Bagaimana hendak kenalpasti perbezaan antara PERMASAALAHAN dan GAPS OF KNOWLEDGE?