World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies, Brussel-Eureka Belgium


AlhamduLillah, hari ini saya menerima senarai 10 produk yang akan ke World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies, Brussel-Eureka, Belgium bermula bermula 13-15 November 2008. InsyaAllah 2 produk saya dan Intan akan dipertandingkan di sana. Saya bersyukur kerana segala penat lelah selama ini membuahkan hasil. Untuk mencipta produk baru memerlukan tumpuan dan masa. Ini adalah kerana produk yang dicipta tidak boleh sama dengan cipta lain yang berada dalam pasaran. InsyaAllah, saya dan Intan akan cuba sebaik yang mungkin bagi membawa kejayaan kepada UiTM dan Malaysia. Sebenarnya, penglibatan kami dalam pertandingan rekacipta masih lagi baru dan masih banyak yang perlu dipelajari. Diharapkan penglibatan kami di Belgium ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. InsyaAllah semua pengalama ini akan dikongsi bersama rakan-rakan sepejuangan. Jika dikira, pertandingan rekacipta ini merupakan kali ke-4 kami bertanding di luar negara; bermula di Switzerland (2006), South Korea (2006), USA (2007) dan pada tahun ini Belgium (2008). InsyaAllah kami akan cuba yang terbaik. Oleh yang demikian, doa daripada rakan-rakan amatlah kami perlukan.

Comments

Eikyn said…
Assalamualaikum...

Good Luck to Dr Zaidi dan Kak Tan.. :)
Anonymous said…
Salam. Semoga berjaya, dan kembali dengan ilmu yang bermanfaat. Ajar kami semua dengan ilmu yang diperolehi di sana, semoga nanti kami juga akan menjadi innovator berjaya seperti Dr dan isteri (Dr Intan).
Shikin dan Hisham, terima kasih atas sokongan. InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik
fusarium solani said…
Salam,
Tahniah dan semoga berjaya Prof!

Popular Posts