Centre for Business Excellence (CBE)

Pada hari jumaat lepas, saya diundang oleh Pengarah Centre for Business Excellence (CBE). Perjumpaan ini merupakan perlantikan dan perbincangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Di CBE saya diberikan amanah sebagai Head, Transport Studies yang bertanggungjawab menjalankan kajian dan perundingan dalam kajian pengangkutan. Terima kasih kepada Pengarah CBE, kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan ini. Jawatan yang diberikan adalah satu amanah yang berat untuk dilaksanakan dan bukannya untuk tujuan bermegah kepada orang ramai. Saya menerima amanah ini dan InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu rakan-rakan yang ingin menjalankan kajian terutamanya dalam bidang pengurusan pengangkutan dan teknologi maklumat.

Comments

fusarium solani said…
Salam,

Tahniah Prof. semoga dirahmati Allah swt dengan pahala di atas amanah yang dipikul.
Sdr. Fus, terima kasih dengan ucapan ini. InsyaAllah saya akan cuba menyempurnakan amanah yang diberikan.
Balkish said…
Dr Zaidi,

Tahniah.Teruskan menulis dan memberi panduan mengenai PhD dan penulisan (esp. impact factor journal). Kadang2 memberi semangat tak ketinggalan sometimes menakutkan..(bila memikirkan kekurangan diri)
Thanks, Balkish. Seronok bila dengar berita dari rakan-rakan di luar negara.

Popular Posts