Khairilmk@wordpress.com

Saya mengenali Khairil dari halaman blog beliau. Masa tu beliau masih belajar di RPI, NY. Semalam saya menemani Intan, ke klinik Noraini di Seksyen 8, masa tu dah lebih pukul 5 petang. Masa menunggu giliran untuk masuk bertemu doktor, saya dan Intan terkejut melihat dua orang kanak-kanak comel bersama ayah mereka masuk ke klinik. Intan terus memberitahu, bahawa beliau mengenali kanak-kanak berkenaan. Kat mana jumpa ni, saya bertanya. Kalau tak silap, ini keluarga Khairil yang pernah belajar master di RPI dan dah balik ke Malaysia. Tapi, saya masih ragu-ragu. Selang beberapa minit keluar seorang wanita yang kelihatan tidak beberapa sihat keluar dari bilik rawatan. Intan kata, confirm-Khairil dan keluarganya. Nak tegur ke? Intan kata, tak apa la, sebab isteri Khairil tak berapa sihat dan mungkin masa tu tak sesuai untuk sessi perkenalan. Hah...itu le rakan blog, tak pernah bersua muka sebelum ini, tapi bila dah bertemu, segan pula nak bertegur sapa...

Comments

fusarium solani said…
Salam,
Prof.Norzaidi... akhirnya ketemu juga berita tentang abang Khairil. Puas saya membelek blog beliau sejak pulang dari RPI..malangnya lama tidak dikemaskini.

Sayang, kalau Prof. tergerak menegur mungkin kita boleh berhubung. Link ke blog Prof ini pun dari blog beliaulah!

Hm.. mungkin ada kelapangan nanti beliau akan kemaskini blognya..
Namun kalau Prof. bertemunya lagi, sampaikan salam Aliff dari blog Fusariumsolani ya!
Sdr. Fus, InsyaAllah kalau saya berjumpa lagi dengan beliau, saya akan tegur.
Anonymous said…
Salam Dr Zaidi,

Laa Dr, awat tak tegurnya? :) Sy tak perasan sungguh Dr ada sekali masa tu. Wife sy semenjak balik dari US, memang kurang sihat sikit. Mungkin perubahan cuaca.

Anyhow, sekarang kami dah pindah masuk rumah kami kat Pangsapuri Seri Nuang. If I'm not mistaken, you're staying at Bukit Bandaraya as well kan? Salam Ramadhan buat Dr and wife. Maybe kita boleh berbuka puasa bersama lepas ni?
Khairil. Bukan tak nak tegur, sebenarnya saya rasa segan. Yang penting saya pernah jumpa Khairil. InsyaAllah, kalau ada kelapangan kita buka puasa bersama. Rumah kita pun tak jauh. Selamat Berpuasa.

Popular Posts