Research Fellow Accounting Research Institute (ARI)
Seminggu yang lepas, saya dijemput oleh Pengarah Accounting Research Institute (ARI) sebagai research fellow di institut berkenaan. Saya ke menara dan berjumpa dengan beliau. Tujuannya ialah untuk mengetahui syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi research fellow dan apa yang perlu dilakukan jika dilantik sebagai research fellow ARI. Setelah mendengar penjelasan, saya diberikan borang permohonan yang akan dikembalikan bagi tujuan penilaian dan lantikan. AlhamduLillah, selang 2-3 hari saya menerima surat yang ditandatangani oleh TNC (Penyelidikan) bahawa saya secara rasmi dilantik sebagai research fellow di ARI sehingga tahun 2010. InsyaAllah dengan perlantikkan ini saya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-rakan di ARI. Pagi tadi saya ke pejabat ARI dan berbincang dengan Research Assistant di sana. Tajuk perbincangan lebih kepada mengenali impact factor journal. AlhamduLillah, dari perbincangan ini nampaknya 'rakan' saya sudah memahami impact factor journal. Terima kasih kepada Pengarah ARI kerana menerima saya sebagai research fellow.
Comments
Aliff sedari anak kecil gerun dengan nombor dan perkara sealamnya. He!he!
Rupanya Allah swt telah menetapkan kebolehan Aliff yang utama adalah bidang sastera.
Nampaknya bertambah lagi tanggungjawab Dr, alhamdulillah. Pengalaman dan ilmu Dr diperlukan oleh anak-anak muda dan universiti.
Terima kasih juga pd Dr Zaidi dan Dr Intan sbb sudi singgah ke blog saya. Happy sangat!
bertambah rezeki u!