Conference on Scientific and Social Research (CSSR) 2009

CSSR merupakan seminar tahunan yang dianjurkan oleh RMI. Masih saya ingat lagi bila CSSR pertama yang saya hadiri di Terengganu. Sebelum di Terengganu, CSSR diadakan di Sarawak, dan pada masa itu ketua projek Puan Azizah Aris yang ke sana untuk pembentangan. CSSR di Terengganu menyimpan banyak kenangan. Pertama, itulah pertama kalinya saya ke Terengganu, drive sendiri, sememangnya jauh betul...Kedua, saya dan Intan baru aje start PhD dan sambil-sambil itu pergi seminar. Ketiga, di Terengganu, saya dapat jumpa kenalan lama yang sememangnya tak pernah bertentang mata selepas induksi. Keempat, bermulalah aktiviti inovasi kerana dengan kejayaan di sana, saya dan Intan diberi peluang untuk ke PWTC. Kali ini CSSR akan diadakan pada 14-15 Mac 2009. Seorang keynote speaker InsyaAllah datangnya dari luar dan seorang orang tempatan. Tempat? InsyaAllah di bahagaian selatan. Nanti akan diumumkan. Oh ya...siapa yang perlu bentang di CSSR. CSSR ialah seminar pembentangan hasil penyelidikan pensyarah UiTM yang telah tamat atau menyiapkan penyelidikan dari geran FRGS, IRPA, e-Science atau dana kecemerlangan. Sila layari portal RMI untuk keterangan lanjut...

Comments