Prague, Czech Republic


AlhamduLillah, saya menerima surat dari Clute Institute for Academic Research, USA menyatakan kertas saya diterima untuk pembentangan di Prague, Czech Republic pada 8-11 Jun 2009. Ini merupakan kali kedua saya mengikut seminar antarabangsa anjuran Clute Institute for Academic Research manakala Prague merupakan lawatan pertama saya ke sana. Tidak banyak saya tahu mengenai Prague, tetapi melalui rakan-rakan yang pernah ke sana, mereka sebulat suara mengatakan Prague sememangnya destinasi yang menarik untuk dilawati. See you in Prague...begitulah kata-kata akhir penganjur dalam e-mail beliau. Begitulah sasaran (KPI) saya dan Intan iaitu dalam satu tahun sekurang-kurangnya kami terlibat dalam 1 pertandingan rekacipta dan pembentangan kertas penyelidikan di luar negara. AlhamduLillah...

Comments

Popular Posts