Menulis Buku Akademik

Menulis buku akademik merupakan salah satu cabang penerbitan dan tidak sama seperti menulis artikel. Sebagai contoh, analisa dan kaedah penyelidikan tidak diperincikan dalam penulisan akademik (melainkan buku "research methodology!"). Penulisan buku memerlukan masa yang agak lama dan ketelitian. Walaubagaimanapun, penulis boleh memperlihatkan "taught" mereka masing-masing dengan memberikan pandangan yang mungkin berbeza dengan penulis lain. Di bahagian pertama (chapter 1), penulis akan membincangkan pada pengenalan bagi memberikan gambaran umum/asas mengenai isu yang dibahaskan. Di bahagian ini, penulis pada kebiasaannya akan memberikan pelbagai definasi yang berkaitan dengan isu yang diperbincangkan. Manakakala, di bahagian kedua dan seterusnya, penulis akan memfokus kepada isu yang dibangkitkan dalam bahagian pertama dan membincangnya secara terperinci. Penjelasan yang diberikan dalam setiap bahagian akan diperhalusi dengan fakta-fakta yang disokong dari sumber yang lain. Di UPENA, penulisan buku akademik hanya memerlukan manuskrip setebal 49 mukasurat. Manuskrip akan dinilai oleh editor bagi memastikan bahawa manuskrip yang dihantar menepati kehendak universiti. Kebiasaannya editor merupakan pakar dalam bidang berkenaan. Selain editor isikandungan, editor bahasa akan memainkan peranan beliau bagi memastikan bahasa yang digunakan adalah baik dan sesuai untuk "target readers". Setelah isikandungan dan bahasa, penerbit akan membuat 'layout' sebanyak 3 kali dan akan menerbitkannya. Jangkamasa yang diperlukan bagi menerbitkan sebuah buku ialah dalam kitaran 1-2 tahun. Oleh demikian, penulisan buku akademik memerlukan ketelitian dan mengambil masa yang agak lama. Selamat menulis!

Comments

Anonymous said…
Terima kasih.

Umina