Academic Conference

Pagi tadi saya ke konferensi akademik yang diadakan di Dewan Seri Budiman (DSB) UiTM Shah Alam. Saya pergi ke sana selepas mendapat panggilan daripada Intan. Bila tiba di DSB, dah ramai peserta yang masuk dewan. Ada juga yang masih di luar dewan. Mungkin mengambil angin agaknya. Majlis diteruskan dengan keynote section oleh Director General, Prof. Dato' Dr. Radin. Ulasan yang diberikan oleh beliau amat baik dan jelas. Beliau mengambil masa hampir 1 jam. Dengan penjelasan daripada DG, maka pensyarah serba sedikit akan dapat mengetahui arah tujuan pendidikan pengajian di Malaysia. Esok konferensi akademik akan disambung...rasanya nak joint sekali.

Comments

Popular Posts